Lokasi Malaysia di Peta Benua Asia


Lokasi Malaysia di Peta Benua Asia

1. Malaysia terletak dalam Benua Asia.

2. Benua Asia adalah benua yang terbesar di dunia dan terbahagi kepada lima bahagian, iaitu:

a) Asia Timur
b) Asia Tengah
c) Asia Selatan
d) Asia Tenggara
e) Asia Barat Daya

3. Rantau Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara Benua Asia.

4. Kedudukan Malaysia adalah di bahagian tengah kepulauan Benua Asia dan dikelilingi oleh kawasan perairan seperti:

a) Laut China Selatan
b) Selat Melaka
c) Selat Tebrau

5. Kedudukan Malaysia ialah antara garisan 1 darjah U hingga 7 darjah U dan dari garisan bujur 100 darjah T hingga 120 darjah T.
6. Laut China Selatan memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan semenanjung Malaysia dari Pulau Sumatera dan Selat Tebrau memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura.


B.) Kedududkan Malaysia di Benua Asia dan di Dunia


Benua-benua yang terdapat di Dunia:

1. Benua-benua yang terdapat di dunia ialah:
(a) Benua Asia
(b) Benua Afrika
(c) Benua Eropah
(d) Benua Antartika
(e) Benua Amerika Utara
(f) Benua Amerika Selatan
(g) Benua Oceania (Australia dan New Zealand)

2. Benua yang terbesar ialah Benua Asia dan benua yang terkecil ialah Benua Oceania.

Negara-negara Asia Tenggara yang Berjiran dengan Malaysia


Negara-negara Asia Tenggara yang Berjiran dengan Malaysia:

1. Asia Tenggara meliputi kawasan seluas 4.45 juta kilometer persegi.

2. Asia Tenggara terbahagi kepada Kebenuaan Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

3. Asia Tenggara terdiri daripada sepuluh buah negara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

4. Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan sekeliling oleh:
(a) Thailand di utara.
(b) Singapura dan Kalimantan(Indonesia) di selatan.
(c) Sumatera (Indonesia) di barat.
(d) Filipina di Timur

5. Negara-negara yang menjadi jiran terdekat Malaysia ialah:
(a) Thailand yang bersempadan dengan negeri Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan.
(b) Brunei Darussalam yang bersempadan dengan negeri Sabah dan Sarawak.
(c) Indonesia(Kalimantan) yang bersempadan dengan negeri Sabah dan Sarawak.
(d) Singapura yang dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Selat Tebrau.




A.) Kedudukan Malaysia di Asia Tenggara

Kedudukan Malaysia Berpandukan Arah Mata Angin

1. Terdapat empat arah mata angin utama, iaitu utara, barat, timur dan selatan. 

2. Mata angin perantaraan terdiri daripada tinur laut, tenggara, barat daya dan barat laut.

3. Kedudukan mata angin boleh diketahui dengan menggunakan kompas.


Kajian Tempatan Tahun 5 -Unit 2 Latihan

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B7UCcwmI9FiaNzdiM2M0NWMtYzA0YS00YmYyLTljZTUtZGFmMzc3MjZhYzgz&hl=en_GB