Lokasi Malaysia di Peta Benua Asia


Lokasi Malaysia di Peta Benua Asia

1. Malaysia terletak dalam Benua Asia.

2. Benua Asia adalah benua yang terbesar di dunia dan terbahagi kepada lima bahagian, iaitu:

a) Asia Timur
b) Asia Tengah
c) Asia Selatan
d) Asia Tenggara
e) Asia Barat Daya

3. Rantau Asia Tenggara terletak di bahagian tenggara Benua Asia.

4. Kedudukan Malaysia adalah di bahagian tengah kepulauan Benua Asia dan dikelilingi oleh kawasan perairan seperti:

a) Laut China Selatan
b) Selat Melaka
c) Selat Tebrau

5. Kedudukan Malaysia ialah antara garisan 1 darjah U hingga 7 darjah U dan dari garisan bujur 100 darjah T hingga 120 darjah T.
6. Laut China Selatan memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan semenanjung Malaysia dari Pulau Sumatera dan Selat Tebrau memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Singapura.


No comments:

Post a Comment