Negara-negara Asia Tenggara yang Berjiran dengan Malaysia


Negara-negara Asia Tenggara yang Berjiran dengan Malaysia:

1. Asia Tenggara meliputi kawasan seluas 4.45 juta kilometer persegi.

2. Asia Tenggara terbahagi kepada Kebenuaan Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

3. Asia Tenggara terdiri daripada sepuluh buah negara, iaitu Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Filipina, Thailand, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam.

4. Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan sekeliling oleh:
(a) Thailand di utara.
(b) Singapura dan Kalimantan(Indonesia) di selatan.
(c) Sumatera (Indonesia) di barat.
(d) Filipina di Timur

5. Negara-negara yang menjadi jiran terdekat Malaysia ialah:
(a) Thailand yang bersempadan dengan negeri Perlis,Kedah,Perak dan Kelantan.
(b) Brunei Darussalam yang bersempadan dengan negeri Sabah dan Sarawak.
(c) Indonesia(Kalimantan) yang bersempadan dengan negeri Sabah dan Sarawak.
(d) Singapura yang dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Selat Tebrau.




1 comment:

  1. boleh tambah apa2 lagi yg meliputi tajuk kajian tempatan tahun 5 lgi

    ReplyDelete